Wednesday, September 30, 2009

Weekdays Puasa, Weekends Melantak!


Baru sat tadi dapat confirmation email mengatakan team Along is listed to participate in the Food Hunt.

My team consists of four people from the same department, dua lelaki dua perempuan but guess who will be the driver for the team?





YOURS TRULY OKAY.
*muka berlagak*


Akhirnya the colleagues terpaksa akur dengan driving skills ku haha.

The event is this Saturday, Oct 3rd and we just knew our team number - SERATUS DUA BELAS!

Kene compete against 120 teams to win RM20,000 worth of prizes including cash!
Our company hantar 3 teams, 2 teams alone dari department kiteorang je SEMANGAT MAKAN SEH!

Pray that my team is listed among the top 20 to win those, eyh?!

Esok ada briefing but we got a few tips from colleagues yang pernah participate, so basically it would just be around Klang Valley area and yes, you get to taste many food as you solve the puzzles!
(Ada chance rasa Bah Kut Teh tak agak-agak? HAHA)

I hope usaha Along selama ini stalk blog blog yang banyak citer pasal makanan dan tempat makan around Klang Valley ni would be a great help to my team.

And even though the contest allows us to use any GPS gadgets, I'm relying on my team members yang semua orang Klang Valley (kalau sesat barat jugak, tatau ah!) to move around to victory!!

Tak sabar tunggu 3hb ni!

TAPI TAPI TAPI

3hb ni juga open house Cik Cantik!
Which I wouldnt want to miss it sebab food listnya menarik bangat (LASAGNA WEH!) dan guest listnya ada orang orang ganteng?
HAHAHAHA ALONG SANGGUP CUCI PINGGAN UNTUK BERFOTO BARENG SAMA MEREKA YE FARINAAAA :D


Makanya hari tersebut pasti Along pecah perut.
Dan Along berdoa..




NAIKLAH SATU DUA KG WEHH!
T_______T




More info, click here , Along tak tipu lah ;P

Tuesday, September 29, 2009

Two Nine O Nine Two O O Nine

It's Ayah's 48th birthday today!!

I once told Ayah that the guy that I'll get married to has to be exactly like him just because Ayah loves to be in the kitchen, preparing & whipping yummy dishes for us ladies in the house tanpa perlu disuruh hehe.

Or the fact he covers for me everytime I'm in trouble with Ummi (tanpa perlu disuruh juga) yang buat Along rasa Along dimanjakan sangat oleh Ayah hihi.

Or issit how he still let me sit on his lap bila Along tetiba rasa nak bermanja-manja or how he layankan je bila Along mengadu sakitnya period pain and he'll help by urut-urutkan pinggang dengan minyak panas and tanya cukup ke tak pad (yes,tanpa perlu disuruh juga) hehe.

OR OR OR



The fact Ayah pernah ah berurusan dengan orang Hot FM sampai anak pompan dia pun sama lah ter-berurusan juga dengan orang Hot FM yang buat Along rasa kiteorang memang geng sangat ah haha.


But Ayah replied;

"Good luck lah! Setahu Ayah, I'm one in a million and Ummi is the lucky one."




BENCI GILEEEEEEEEEEE.
Pandai masak, pandai amik hati and SUPER SWEET??!
T___T

I guess the guy who is willing to marry me one day kena amik kursus ALONG 101 dengan Ayah dulu :)

A small surprise celebration for Ayah was held last Sunday night since Jennyto & I were still around, even though without Angah & adik-adik yang dah tidur.

Ayah bajet kiteorang letak dua lilin tuh untuk umur dia baru doploh ah, bila kiteorang cakap satu lilin tuh untuk 12 tahun, terus cembeng haha.


So dear Ayah,
(Somehow I believe he secretly reads here)

I know I may not reach that stage where you could stop worrying about me but trust me, Along memang taknak buat Ayah risau. Kekadang tak sengaja pun, but I guess you know me well, speshly when I do the silent treatment hihi.

I thank you forever being patient with all my crazy emo attics dan tak pressure-pressure Along buat mende yang bukan dalam kuasa Along, but yeah, kita sama-sama berdoa eyh Yah?



Happy Birthday, dearest Ayah.
Stay forty, will you?
:)

Monday, September 28, 2009

Seloka 9 Syawal

Selamat menghantar Jenn ke LCCT subuh tadi dengan seribu satu rasa.

Mungkin yang ketara rasa mengantuk itu, tapi yang berselirat dalam hati tersimpul rapi.



Sebab Along sedar,
Along janji banyak,
tunainya tak sampai separuh.

Jadi Along harap harap harap sangat Rayanya kali ini antara yang terindah.
Moga dia tidak ralat, tidak merungut, tidak mengungkit.
Bila kakaknya buat buat tak nampak, buat buat lupa.
Entah sibuk sangat entah apa kerjanya.

Kalaulah dia tahu.

Dalam hati mencicit mahu menjerit;

"ALANG THANK GOD YOU WERE WITH ME THIS RAYA, OR ELSE I WONT BE ABLE TO WEAR THAT KEBAYA YANG SANGATLAH ER ER LETS NOT GO INTO THERE, I AM SUPER GLAD YOU LAYANKAN JE PAKAI SELENDANG FOR RAYA TAHUN NI AND I WOULDNT HAVE SO MANY SELENDANGS IF NOT FOR YOU (WHICH YOU FORGOT TO ASK ME THE MONEY SO KIRA BELANJA AH DULU HIHI), I WOULD DIE WASHING THE DISHES ALONE AND HANDLING THE GUESTS WITHOUT YOU, I WOULD NEVER KNOW MY KEBAYA/KURUNG STILL EXISTS IF YOU DIDNT BORROW IT AND I HOPE YOU KNEW UMMI LOVES YOU MORE THAN ME THATS WHY SHE NAGS AND WANTS YOU TO BE HOME ON TIME AND THANK YOU SO MUCH FOR INSISTING ME TO SELF SNAP WITH NABIL BEFORE ALONG TERMENUNG KEMPUNAN OH THANK YOU THANK YOU SAYANG"



Berbeza gaya tudung, tapi satu darah sampai mati :)

Boleh Main Expect Expect Je Ke Weh?

Selalu la kan, bila kita tak expect satu mende tuh jadi, mende tuh jugak lah yang jadi.

Lagi-lagi la kalau mende yang jadi tuh, mende yang korang suka or harap sangat tapi cam sedar diri takkan dapatnye ah.

Ala-ala under estimate diri sendiri la kiranya.


Along selalu camtuh ah.
Kekadang bila dah jadi mende yang tak expect tuh pun still takleh caya lagi.

Konon nak tegaskan di sini, Along sangat sedar diri ah -_-"


Maka,

bila Nabil Raja Lawak 2 berjaya memenangi hatiku secara rawak dengan lawaknya, Along tekad nak self snap dengan dia satu hari nanti.
Cam tak kire ah ape jadi, nak jugak amik gambar mat despatch tuh.

Plus he's so damn tall and has an awesome smile, pasti kami kelihatan sangat cocok berdua.

*berangan sambil usik jerawat kat muka*






Dan satu hari itu tiba bila Along tengah muka sememeh comot ya rabbi seperti selalu (only this time, LAGI COMOT) dan kelam kabut cari kek birthday Ayah sambil sempat shopping kasut dan beli barang Jennyto last minit -_-"



Don't worry Irma Hasmie, saya takdenye nak TERpeluk boyfriend awak ni biarpun saya sering dianggap SUKA NA amek gambar dengan boyfriend orang haha.

Oops, tak sengaja.



I love his afro hair better somehow.
Kan?

Tapi tinggi tuhhhh, ah.

*I want, I want!*



Mesti ada yang cakap Along ni konon je cakap tak expect semua tuh tapi senarnya dalam hati mengharap jugak jadilah mende tuh.
Kan?
Kan?

Ke korang pun camtuh?





Tau sangat korang nihhh.
;P

Sunday, September 27, 2009

Nama DJ Di Bali

Sekali sekala layan feedjit tepi blog neh bleh wat Along tergelak sorang.
Especially bila baca apa yang kalian taip kat google/yahoo search untuk sampai ke blog Along.

Yang Along rasa paling comel bila ada yang taip - EH BACA JUGAK

Tak sesia Along pikir tagline blog, biarpun pada awalnya ingat nak masukkan alamat surat menyurat, moto hidup, wawasan kerajaan Malaysia dan syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membaca blog ini tapi sebab sedar tak muat, tulis mana bajet catchy habis ah dan konon-konon menyindir orang tertentu haha.

Gila kontroversi, i know i know.
T___T

Kalau dulu cam terasa insecure bila ada yang search type nama Along, tapi sekarang cam - Heh,ada aku kesah?


*Muka berlagak mintak kene sepak*


Anyways, Along rasa flattered (bukan flattened, harap maklum) for every ways on how you peeps find your way to this crappy blog of mine.

Terima kasih sesangat :)

I hope apa yang kalian carik tu, kalian jumpa ah.
(Kalau lain yang dicari, lain yang dijumpa, kira bonus ah tuh :P)





Lagi-lagi kalau yang mencari tuh benar-benar butuhkan jawapan, haha.


KALAU MATA POWER GILA, TAYAH KLIK IMEJ DI ATAS.





Pak Sudi,

Sampai jumpa ya?
Hihi.

Thursday, September 24, 2009

Berulangkali Kau Kata Everything's Gonna Be Okay

They say, pengaruh teman-teman selalu menjadi tanda aras how you cope with things in life.
I say, that is so damn true.

Speshly for me, yang kebanyakan masanya merujuk pada teman-teman untuk membuat keputusan.
(Dah jiwa lembut, hati sukar keras bila kena decide. Awak, alasan saya sebakul banyak!)

Tapi bagaimana kita nak tahu pengaruh teman-teman mana yang baik dan sebaliknya untuk kita?

Kalauuuu dia sokong je apa kita nak buat, tak semestinya dia teman yang baik (atau kurang baik), sebab belum tentu apa yang kita nak buat tuh baik, bukan?

Along go for those yang tegur dengan baik, bagi pros & cons why I cant do this, why I shouldnt and why I have to, bebel bebel dulu but somehow let me decide in the end of the drama.

And alhamdulillah, I found that in most of my friends.
*bisik thankyousomuch!*

Nak-nak lagi bila Along sering disalah anggap sebagai kerek, perampas pacar orang, konon ada hati la yada yada yada.

Oh ni bukan merujuk entry terdahulu.
Yang itu, kan Along dah maafkan?
;)

Plus I learnt a lot from friends yang tak kurang banyak juga dugaan mereka, yet they still are living life to the max.

Teman-teman yang jauh lagi banyak masalah dari orang-orang yang tak dikenali pun, but still lepak dan menganggap itu sebahagian dari dugaan menjadi orang cantik atau ganteng (buat yang lelakinya)

Teman-teman yang berpegang pada prinsip - "Layankan je."



Kami bertiga bekerja awal cuti Raya ini.
Bezanya, pakcik tuh tak bercuti langsung Raya ni maka I gave him some kuih raya (alasan lain) sambil mencuba nasib mendapatkan duit nafkah raya.

(Jangan tengok apa tangan kiri saya pegang, jangan tengok!)

Ini cerita sehari sebelum semua orang bercuti raya kalau ada yang tanya bila jumpa Ikhwan.

Dia dah kurus banyak sangat since I last saw him.
Along tetap kurus since dari... dulu, haha.

"Tag iwan kat fesbuk nanti,long!"
"Ha okeh!"
"Letak je caption gambar kita together forever whatever!"
"Serious?"
"Serious ah, biar dia tahu."

Oops.
Tercerita hal rumahtangga lak sini.

Sambung gossip over iftar di Ikea bersama Cik Cantik selalunya akan membuat Along jadi manja.
Termasuk bermanja-manja camne nak jawab message si penyiar radio itu, camne itu camne ini sangat camni cap eh betul la Along ni.

Oh, itu gedik eyh?
Bukan manja?
T_____T


Who says being single is easy?
Speshly *batuk* when you are *batuk batuk* super cantik and *batuk* super available *batuk batuk berkahak hak tuih*


I say it's easy when you have loving, supporting friends by your side.
Itu je.
:)





Menyampah?


Layankan jeeeeeeee!
;P


Zahir & Batin

Si anak tertawa kecil.

Barangkali kurang mengerti,
Bila disuruh menutur maaf dihadapan orang tua,
Lagi diajar layak ini pertama kalinya,


"Rendah diri,adik."

"Pegang tangan Ummi betul-betul."

"Lembut sikit cakap tu,sayang."



Anak kecil itu terus ketawa.
Malu, jawabnya.

Dahiku kerut, alis kening hampir bertemu tengah.
Dua mataku kecil.
Suara ubah tegas.


"Betul-betul,dik."


Seraya si anak menanyakan soalan jujur.


"Kena menangis macam Kak Long juga?"



Dia terlalu kecil untuk mengetahui,

Butir air mata yang gugur,
Tiap rasa sebak yang bertakung,
Setiap kata yang tergumam sekat,
Adalah setiap dosaku yang tak mampu terhitung lagi.



Ampunkan ku zahir batin, Ayah dan Ummi.
Ampunkan Along.



Syawal 1,1430
Seremban.


Wednesday, September 23, 2009

So, Raya It Is.

How was your Raya?

Rata-rata sana sini, yang Along dengar ( dan sedikit setuju ) cakap takde rasa nak Raya sangatlah tahun ni, kurang feel, itu ini but hey, whatever our reasons are, Raya tetap datang juga, kan?

Mungkin kalau kita ikutkan sangat rasa tak nak raya itu, maka tak akan jadilah raya.
Jujur, Along pun kureeeeeeng sikit nak raya tahun ni for some reasons.
Antara reason tak logik is that Along dah tua kot besar.
(Besar keww?)


But then, if I felt that way, what about my parents?


Along tak sampai hati kot nak ikutkan perasaan bila terkenangkan Ayah Ummi yang dah susah payah siapkan itu ini untuk kami anak-anak, bila tengok adik-adik excited nak pakai baju baru dan jumpe sepupu sepapat, bila adik-adik yang dah besar balik rumah (finally) just to be together for hari Raya.


Pastuh cam teringat ah the less fortunate who longs for hari Raya just to be happy and merry, those who had to work on Raya eve, those who are without family members, tsk.


I can't be so selfish to say I don't feel like berhari raya so much, can I?


Makanya, RAYA LAH WEH!

Syukur pada mu Ya Rabbi, kerana mengizinkan Ummi Ayah untuk bersama-sama kami.

Terima kasih Ummi & Ayah kerana bersusah payah menyediakan segalanya untuk kami anak-anak, so that we won't take Raya for granted.

Pemanis keluarga, kata Ayah.

Awak tanya yang mana paling manis?
Awak nehhhh, tetanya plak!

The brothers are up for grabs.
Dengan syarat kakak sulung derang diberi perhatian lebih kalau mahu jalan pintas untuk nombor telefon mereka, haha.

AWAK MASIH TAK TAU SAPE YANG PALING MANIS?
Awak neehhh *tepuk bahu awak*

Awak kalau nak tengok saya tua camne, awak tengok lah mak saya ni.
Manis je kan.
Macam tu la saya nanti, insyaAllah.

(Kantoi layan iklan Silkygirl yang latest neh HAHA)

Sumber pemanis saya, hihi.
Lebih manis bila kami sedondon biru gitu haha.

Kecik-kecik lagi dah pandai delete gambar derang yang tak comel -_-"

Oleh kerana Ayah request gambar family yang lain dari tahun-tahun lepas, katanya asyik family photo duduk kat sofa sama tapi bila Ummi hantar permohonan untuk tukar sofa baru, Ayah buat derkk je walhal dah gelabah menyesal buat request macam tuh haha maka Along terfikir lah nak self snap gini.


Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin,
Moga Aidilfitri kalian semeriah kami!

:)

Sunday, September 20, 2009

Raya Dah Weh!


Orang lain sibuk bertakbir malam raya, orang ini sibuklaaaaaaah bermain bunga api ngalahkan sepupu dia umur 5 tahun gayanya, isk isk.

Dah raya dah, alhamdulillah.
Selamat tinggal Ramadan, it was hard knowing you had to go, speshly when I had to miss the last few nights *sigh*
I'm wishing & praying hard that I get to see you again, insyaAllah.

Sempena hari kemenangan umat Islam ini, Along mohon maaf atas salah & silap yang pasti ada, zahir & batin.
Baik yang kenal ataupun tak, baik yang membenci atau tak, baik yang lama atau baru kenal, maafkanlah Along.

Terima kasih jua atas setiap ucapan Aidilfitri yang dikirimkan via sms & FB, maaf jika Along tak terjawab semuanya eyh?

Moga Aidilfitri kalian penuh keceriaan & keberkatan dariNya, insyaAllah.
Tamau sesedih reraya ni, janji tau!





p/s - baru semalam tau kaler baju raya, kelam kabut beli selendang untuk matching T___T



Friday, September 18, 2009

Bermaaf-maafan Di Hari Raya


Respon kepada entry ini



Di kesempatan sementara ada la yang online lagi sebelum cuti raya lelama nanti, Along nak bagitau yang Along maafkan manusia manusia seperti yang di atas.

(Ye, saya tak meminta maaf lagi, sebab saya tengah sesi memaafkan orang sekarang ni.)

Terima kasih jua kerana masih sudi ambil berat, ambil masa untuk datang menegur dan membaca di ruangan Mari Kita Tengok Betapa Gatalnya Along ini hari-hari.

Terima kasih ah sesangat sebab memberi gelaran baru, membuat assumption itu ini, terima kasih bebanyak sesangat.

Along harap kita memang saling tak mengenali dan yang komen ini pasti sangat bukan dikalangan teman-teman Along, so Along anggap this is just so normal.
Kita ni memang suka buat andaian dengan orang yang kita tak penah jumpa, tak pernah kenal kan?

I get that.
:)

Tak lupa juga,terima kasih ah atas pahala pahala percuma ini, mudah-mudahan Allah membalas baik budi kalian.
AMEEN.




Seriously,




PADAN AH RASA BERAT JE BAHU KANAN NI LATELY.
:)



Hiks.

Kot kot Dapat IPhone Raya Ni

Copy paste sehabis-habisnya dari sini!!

This year is Malaysia's 52nd Independence Day!
Yay!
As always, we will be running a few special campaigns to commemorate this special day.

Stand a flag in front of the house,.. check.
Stick a flag on the car rooftop,.. check.
Put an iLoveMalaysia logo on website to win iPhone 3GS,.. REALLY?

YES!
This is a chance for you to win yourself one fancy, must-have smartphone - iPhone 3GS worth RM 2500 each!



That's not all.
The best part is, you can also refer someone to join this campaign, and if they are selected as winner, you as the referer will win the exact same prize! - all while expressing your love to the country!

Just click here and fill in the form with my email as referrer and click submit!
Voila!~
Registration Form
First Name :
Last Name :
Email Address :
Email Address (Retype) :
Referrer's Email :zunairazul@gmail.com
Website URL :


Pesanan Along;

It wouldn't hurt to try, kan?
After all, I believe ini mungkin rezeki kalian pula!
:)


P/s: Lissa, Farina, Shamam - Good Luck!

Good Things Comes In Threes

And I definitely didn't mean by menjadi orang ketiga wtf bagai, okay?

It just happened yesterday's great things came in threes.
:)



Bersama adik-adik kesayangan di Ikea semalam.
My list untuk berbuka puasa with my important people is almost finish.
Malam ni insyaAllah dengan Jennyto pula.
:)

But to stumble upon blogger pujaan kesayangan jua semalam was truly something!


Impian tuhhh, dapat jumpa Aunty Nani & Hanis.
Mengigil gigil kegembiraan sampai tak berani nak self snap maka kene suruh orang lain amikkan gambar hahaha.

Sekarang cam menyesal oke oke takpe takpe, Aunty Nani dah ajak datang raya ke rumah haha.
They were verrryyy polite, sangat softspoken dan tetiba sangat camera shy, sangat tak leh dipercayai.

Along sengeh je ah pandai depan derang.
Even balik dari Jalan Tar kol empat pagi tadi pun cam menyengeh lagi.
Tapi tuh sebab sengeh weh aku takde baju raya weh pakai baju tahun lepas bleh tak weh weh.
T____T

Thanks Azie, Faiez & Man layankan sengeh Along semalam eyh eyh?


Huish.
Lagi 3 hari nak raya eyh?


Better get going.
Ucapan raya mohon ampun kejap kejap lagi.
Nak anyam ketupat untuk dekorasi office.
GILE KENTANG ALONG MENGANYAM WEH!


Daa!

Thursday, September 17, 2009

Berpada-pada Bila Kurang Suka Pada Dato' Siti

There's this saying;

Jangan dibenci-benci, nanti suka.

Even though kita mati-mati lah cakap tak suka, siap keluar hujah dan alasan kenapa dan mengapa, terngomel sana sini pasal orang itu ini, but somehow deep down, itu sebenarnya fitrah manusia.

Berkata-kata mengenai sesuatu yang ada pada orang lain dan berharap (sedikit) ianya milik diri sendiri.


Along sendiri tak lari dari fitrah itu.
Jujur Along mengaku di sini.

Tapi jujur juga Along mengaku, Along cuba tidak membenci mengomel orang lain tak semenanya tanpa alasan.
Biarpun ada sejarah hitam silam segala, the least and the last thing I would do is to spread hate.
Malah kalau terpaksa juga ah nak benci, it would be almost you never knew it was there pun.

I don't even hate anymore, sebab we never know what will happen in the future, bukan?
Ntah ntah Along mati tengah jalan, orang yang paling dibenci Along lah yang akan mandikan, kafankan, sembahyangkan Along.
Kan?

It's just that I never forget.
Dan itu bukan lagi fitrah, itu memang ada dalam setiap hati yang pernah terusik.

So there, you know I don't hate you anymore.
Ngerti?
:)

Itu dengan orang yang pernah ada sejarah, standard ah.

Tapi ape kes yang jumpe pun tak pernah, nama pun tau sebab asyik dicanang sana sini, yang baiknya adalah seciput yang tahu, yang kurangnya sampai bermuka-muka surat ditulis pun boleh juga dibenci sampai sensasi kontroversi habis neh?!





And who says I was talking about myself?


Boo chah!



Tolonglah, Along bukannye gile obses dengan tanggapan kalian pada Along.
Tak mati nya Along dikeji dek tulisan dan tuduhan, at least kalian bikin Along sedar siapa teman, siapa bukan.

Lagi-lagi bila Ayah berpesan;

You ain't someone unless you are being talked about.


Oh ayah, sangat pandai mengambil jiwa anaknya disitu, AI LAIKE.
Tapi Ayah tatau cerita sebenar tralala so mari layankan dan perasan sendiri sendiri je ah, haha.




Gila serious emo tetiba time orang lain nak mood raya neh weh.


Ni semua pasal tudung Siti yang dijual sana sini sekarang.
(Alasan takde kaitan haha)


Along ni takdeeeeeewlah minaaaaaat sangaaaaaaaat Siti tuhhh *hujung jari kuis kuis bahu orang sebelah* tapi bila dah kiri kanan jual tudung Siti neh, tangannn tu pun gataaaaaiii gak nak teraiiii *tepuk bahu orang sebelah yang tak bersalah*





Memang sengaja carik pasal la kan kalau keluar pakai camni.
Yang Along berlilit terbelit pun ada ngomel ngomel, nak nak yang nampak leher jinjang ku dan jambul yang EH ADE KE JAMBUL oke oke tuh tak belajar lagi camne nak buat haha.

That's why Along beli sehelai je, siap tawar gila-gila sampai kakak tuh fed-up and pasrah rela je jual dengan rege dari harga jualan raya haha!

Along waras lagi, noks.
Sedar diri.



Alkisah AKHIRNYA terjumpa si Pet Surfacing ketika Along tengah bereksperimentasi tudung Siti yang diubah mengikut cara ku sendiri hihi.

Muka dia lagi licin dari muka berparut jerawat Along wehh ;)



Okeh dah, Along tak sabar nak tengok gambar raya kalian.
KONFEM RAMAI PAKAI STYLE TUDUNG SITI NEH, KONFEM!



Hiks.

Maaf, Saya Tak Menjual Kuih Raya!


Dimaklumkan secara rasmi di sini, Along tak pernah menjual kuih raya sepanjang dia berkesempatan berhari raya, tak pernah.

Tolong promo orang jual kuih raya adalah,kot.

Tolong beli dari orang jual kuih raya, alhamdulillah banyak ah.



Comel kan?
Harap ianya sesedap as it looks.

It's white choc with cheese, but the little red hearts yang buat -

AHHH, COMELNYEEE I WANT I WANT!!
SESUAI BAGI ORANG TERSAYANGGG!!



Ada orang tersayang keeeeew?
Hahahahatetibasedardiri.
T____T


Buat Cik Cantik & Cik Wani,
Kalian jangan excited lebih eh?
;P


I gave it to someone in HotFM, tapi bukan bukan NAHI NAHI MUJKO NAHEEE bukan pakcik tuh okeh.





Biarpun dia berkonspirasi dalam mengenakan Along dalam panggilan hangit, but she was sweet enough to help with the Bali trip previously, so I just had to repay her back.

Or sebab Along pun memang sweet macam ni.
(Takde kaitan haha)


So Nikit, we are even now.
Thanks for everything & hope you'll like the souveniers & the kuih raya :)







Sekarang...

Tinggal nak kenakan pakcik tuh plak.

*bomb ticking tick tick*

Wednesday, September 16, 2009

Dicabar & Tercabar!

Siapa bilang bulan puasa ni Along tak dicabar sangatlah salah.
Tolak tepi dugaan dan cabaran Tuhan hadiahkan untuk Along, Along redha dengan izinNya.
:)


Tapi bila dapat Facebook notification dari Hellmy yang mengatakan rekod self snap Along telah dipadamkan, MAK AIH, terasa terbakar pipi ku yang penuh dengan parut jerawat neh.

Nak nak bila berbuka reramai dengan teman-teman lama, yang sekutu sekepala, kalau boleh nak lah at the end of the berbuka session, semuanya amik group photo bagai.

My latest self snap beramai-ramai was with the female colleagues, itu pun tak ramai sangat ah.


Tu pun cam dah bangga sesorang *hins hins kembang hidung* bila cam wallaweh, takde Along, takdelah self snap hahaha.

Oke, tak kelakar.
T____T



TAPI GAMBAR SELF SNAP BERAMAI-RAMAI KAT BAWAH NI,










Foto curik dari FB Faizal Rahim


SANGAT TAKLEH BLAH OKEH?!?!
T___________T



Ni yang rasa nak berkenalan dengan mamat yang amik gambar self snap ni.
EH EH TAK.
Ni yang rasa nak tau lomo lense apa dia pakai sampai bleh muat sebegitu ramai.


Tapi tapi tapi..
Ada kemungkinan kan tangan panjang kami bakal dijodohkan bersama?
Kan?
Kan?


HAHAHA EH EH JOM AH KORANG KUMPUL AND TOLONG ALONG PERTAHANKAN REKOD BALIK WEH.
Hiks.

Tuesday, September 15, 2009

Dia Terasa, Along Tersentap.

"Jeles ble kwn tahu psl along lebih dr adik sendiri. Haha."




Along tahu dia terasa.
Ketawa hujung ayat itu tak ikhlas mana.
Lebih lebih lagi berhujungkan noktah dan bukan tanda seru seperti biasa.

Along sendiri tersentap.
But I never blamed her.
I blame myself for not keeping in touch with her the right way.

Assume saja yang she'll be reading here.
When actually she's busy burying whatever's left in her in those hard covered medicine books and open bodies and sekali sekali pizza Papa Ron's, bioskop dan panggung.


I took a deep breath and a day (sebab rasa bersalah) to reply her back.



"Tapaya jeles. You know I only write what ppl want to know. Yang Along menangis, emo patah hati hanya adik sendiri aja yang ngerti. ;) "



She'll be coming home tomorrow for Aidilfitri!

Biarpun tidak lama, tapi tak sanggup jika Raya ini tanpanya!!
Cukup sekali saja dia pernah beraya di perantauan, lain rasanya tanpa dia untuk sama-sama vacuum carpet, mop rumah dan berebut kerongsang tudung -_-"

Harus jadi lengkap raya ku tahun ini bila satu keluarga kembali bersama-sama.
Tak kesah ah gaji tak dapat lagi, takde baju raya atau pasrah mengenangkan soklan-soklan standard dari orang kampung nanti, tak kesah sungguh tak kesah.

Er, last part tu senarnya pasrah haha.
Tapi sebab Jennyto will be around, I can be gung-ho, pandai nak jawab sebab ada geng.

OR.


Might as well cakap - EH KASI ALANG KAWEN DULU, hihi.




And I know I have a lot of catching up to do with her.

Catch ups yang tak perlu dikongsi sini.
Catch ups yang kami adik beradik saja faham butir bicaranya.

Catch ups yang syhhhhh...



Catch us later, peeps.
:)

Monday, September 14, 2009

Pinky & The Brain(s)

Barangsiapa yang berteori kerja programmers, database administrators, web developers dan system testers tiada life selain mengadap skrin monitor, sangat monotonous dan tidak mengetahui maksud bersosial;



Mungkin gambar-gambar di atas menafikan segala teori tersebut.
;)

Terima kasih teman-teman sekerja.
It was totally finger lickin' good fun!